POKOK SIMPOH AIR -Dillenia Suffruticosa
- Pokok Simpoh Air tergolong dalam famili Dilleniaceae.
- Ia juga dikenali dengan nama Shrubby Simpoh, Simpoh Ayer dan Yellow Simpoh.
- Tumbuhan renek ini mampu mencapai ketinggian sehingga 5 meter.
- Pokok simpohtumbuh liar dan mudah ditemui di kawasan pinggiran hutan, semak atau belukar.
- Daun pokok simpoh airbesar dan lebar; tepi daunnya bergerigi; pucuk daun atau daun muda berwarna sedikit kemerahan dan mempunyai tangkai yang sederhana panjang.
- Simpoh air menghasilkan bunga di dalam satu jambak yang mengandungi antara 5-10 kuntum bunga. Bunga pokok ini akan berkembang satu persatu. Bunga simpoh akan berkembang pada waktu pagi dan akan mula kuncup pada sebelah petangnya.
- Petal atau kelopak bunga simpoh air berwarna kuningdan sangat menarik perhatian serangga.
- Proses pendebungaan dilakukan oleh serangga semasa bunga sedang berkembang. Dalam tempoh 1bulan setengah, buah akan terbentuk.
- Buah simpoh air berwarna merah jambu apabila matang dan merekah serta kembang seperti bentuk bintang.
- Daun simpoh air digunakan sebagai pembalut makanan dan juga digunakan bagi membungkus tempeh.
- Bagi masyarakat Iban yang masih berpegang kepada kepercayaan animisme, daun tumbuhan ini dipercayai dapat menghalau hantu dan roh jahat pada seseorang.
Rujukan: