POKOK PELANGI – Eucalyptus delgupta
POKOK PELANGI – Eucalyptus delgupta
Pokok pelangi atau nama saintifiknya Eucalyptus deglupta adalah salah satu daripada
700 spesis dalam famili Myrtaceae yang didapati tumbuh secara semula jadi di
Hemisfera Utara yang meliputi kawasan New Britain, New Guinea, Sulawesi dan
Mindanao Filipina dan Australia.
Pokok pelangi yang juga dikenali sebagai pokok kayu putih pelangi atau dalam bahasa
Inggeris dikenali dengan nama rainbow eucalyptus atau mindanao gum.
Namun pokok ini lazimnya boleh hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia,
yang boleh didapati di Bahau, Negeri Sembilan, Kemaso Pahang dan hutan simpan
Ulu Sedili Johor.
Dikategorikan sebagai pokok bersaiz besar, batangnya boleh tumbuh sehingga 6 kaki
lebar dan 200 kaki tinggi.
Spesies pokok hutan yang begitu unik kerana mempunyai permukaan batang
berwarna-warni seperti pelangi secara semula jadi.
Lapisan kulit luar akan melalui proses penggantian kulit pokok yang baru setiap masa.
Namun proses pengantian ini tidak terjadi secara keseluruhab sebaliknya secara
berperingkat mengikut bahagian-bahagian tertentu yang menampakkan kulit
dalaman berwarna hijau cerah yang kemudian menjadi gelap apabila matang untuk
memberikan warna biru, ungu, oren dan kemudian bertukar kepada warna merah.
Dari lebih 700 spesis Eucalyptus, hanya spesis pokok pelangi ini sahaja yang
mengalami proses seperti yang dinyatakan. Akibat dari proses pengantian kulit
tersebut, kelihatan kemunculan corak multi-jalur pelbagai warna seperti warna-warna
pelangi yang menyelaputi batangnya yang boleh mencapai ketinggian hingga 70
meter dengan elemen reka bentuk landskap tersendiri.
Spesies ini gemar kepada cahaya matahari. Oleh itu, ia tidak sesuai ditanam di
kawasan yang bermusim. Sebaliknya ia akan tumbuh subur di kawasan yang terdapat
taburan hujan yang tinggi, melebihi 150mm sebulan. Atas alasan ini, ianya ditanam
secara meluas di kawasan beriklim khatulistiwa.
Eucalyptus delgupta tidak mampu bertahan di kawasan yang kerap dilanda banjir
dan amat sensitif kepada kebakaran.
Ia juga boleh ditanam di negara-negara sejuk tetapi mempunyai toleransi yang
rendah kepada salji.
Pokok Eucalyptus ini ditanam secara meluas di seluruh dunia bagi tujuan kayu
pulpanya yang digunakan untuk membuat kertas seperti yang terdapat di ladang kayu
pulpa di Filipina.
Kayunya pula boleh dijadikan perabot dan kabinet.
Bagi sesetengah negara pokok pelangi ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman
iklim tropika dan subtropika.
Daunnya boleh diproses untuk menghasilkan minyak yang dipanggil minyak angin.
Kegunaan lain seperti boleh diadaptasi sebagai agen pencegahan penyakit malaria.
Cara pembiakan adalah menggunakan biji benih yang boleh didapati di nurseri-
nurseri besar yang membekalkan tanaman landskap.
Pokok pelangi atau nama saintifiknya Eucalyptus deglupta adalah salah satu daripada 700 spesis dalam famili Myrtaceae yang didapati tumbuh secara semula jadi di Hemisfera Utara yang meliputi kawasan New Britain, New Guinea, Sulawesi dan Mindanao Filipina dan Australia.
Pokok pelangi yang juga dikenali sebagai pokok kayu putih pelangi atau dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama rainbow eucalyptus atau mindanao gum.
Namun pokok ini lazimnya boleh hidup di negara beriklim tropika seperti Malaysia, yang boleh didapati di Bahau, Negeri Sembilan, Kemaso Pahang dan hutan simpan Ulu Sedili Johor.
Dikategorikan sebagai pokok bersaiz besar, batangnya boleh tumbuh sehingga 6 kaki lebar dan 200 kaki tinggi.
Spesies pokok hutan yang begitu unik kerana mempunyai permukaan batang berwarna-warni seperti pelangi secara semula jadi.
Lapisan kulit luar akan melalui proses penggantian kulit pokok yang baru setiap masa. Namun proses pengantian ini tidak terjadi secara keseluruhab sebaliknya secara berperingkat mengikut bahagian-bahagian tertentu yang menampakkan kulit dalaman berwarna hijau cerah yang kemudian menjadi gelap apabila matang untuk memberikan warna biru, ungu, oren dan kemudian bertukar kepada warna merah.
Dari lebih 700 spesis Eucalyptus, hanya spesis pokok pelangi ini sahaja yang mengalami proses seperti yang dinyatakan. Akibat dari proses pengantian kulit tersebut, kelihatan kemunculan corak multi-jalur pelbagai warna seperti warna-warna pelangi yang menyelaputi batangnya yang boleh mencapai ketinggian hingga 70 meter dengan elemen reka bentuk landskap tersendiri.
Spesies ini gemar kepada cahaya matahari. Oleh itu, ia tidak sesuai ditanam di kawasan yang bermusim. Sebaliknya ia akan tumbuh subur di kawasan yang terdapat taburan hujan yang tinggi, melebihi 150mm sebulan. Atas alasan ini, ianya ditanam secara meluas di kawasan beriklim khatulistiwa.
Eucalyptus delgupta tidak mampu bertahan di kawasan yang kerap dilanda banjir dan amat sensitif kepada kebakaran.
Ia juga boleh ditanam di negara-negara sejuk tetapi mempunyai toleransi yang rendah kepada salji.
Pokok Eucalyptus ini ditanam secara meluas di seluruh dunia bagi tujuan kayu pulpanya yang digunakan untuk membuat kertas seperti yang terdapat di ladang kayu pulpa di Filipina.
Kayunya pula boleh dijadikan perabot dan kabinet.
Bagi sesetengah negara pokok pelangi ditanam sebagai pokok hiasan di taman-taman iklim tropika dan subtropika.
Daunnya boleh diproses untuk menghasilkan minyak yang dipanggil minyak angin.
Kegunaan lain seperti boleh diadaptasi sebagai agen pencegahan penyakit malaria.
Cara pembiakan adalah menggunakan biji benih yang boleh didapati di nurseri-nurseri besar yang membekalkan tanaman landskap.
Sumber rujukan:
https://www.impiana.my/rainbow-eucalyptus-pokok-unik-berbatang-pelangi-hanya-di-hutan-mindanao/
https://www.facebook.com/mydoaHQ/posts/pokok-pelangi-corak-batangnya-bukan-dilukis-pokok-pelangi-yang-juga-dikenali-seb/845484798842976/?locale=ms_MY