POKOK SENTUL - Sandoricum koetjape

  • Pokok Sentul merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia dari keluarga MELIACEAE.
  • Pokok sentul dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Laos, Filipina, Vietnam dan Indonesia serta Kemboja.
  • Belum ada kawasan penanaman sentul secara monokrop dan yang ada cuma tanaman selingan dikawasan dusun, tumbuh liar disekitar kampong dan didalam hutan.

 

  • Pokok Sentul adalah sederhana besar dengan ketinggian mencapai 30 meter (hampir 100 kaki) terutama yang tumbuh dikawasan hutan.
  • Batangnya adalah jenis kayu keras dengan pokok dewasa mempunyai ukurlilit batang sehingga 90 cm serta kulitnya mempunyai getah putih.
  • Daun sentul berwarna hijau gelap berkilau dan bahagian bawahnya berwarna hijau pucat. Bentuk daun adalah majmuk ‘Trifoliate’ dimana sehelai daun mempunyai 3 anak daun dengan susunan berselang seli.
  • Bunga sentul berwarna hijau kekuning-kuningan dengan sifat dwijantina (Hermaprodite) berukuran 10-25 cm panjang dalam jambak pada ketiak daun.
  • Buah sentuk berbentuk berry dengan ukuran garis pusat 5-7 cm yang berwarna kuning keemasan serta berbulu lembut.
  • Kulitnya tebal dan berisi serta liat.
  • Rasa buahnya adalah kelat manis dengan isi warna putih yang lembut mengelilingi bijinya.
  • Kajian daripada saintis menunjukkan setiap 100 gram buah sentul mengandungi 84-gram air, 14 gram karbohiderat, 0.7 gram lemak, 1.1 gram serabut, 328 mg kalium, 11 gram kalsium, 0.7 gram protin, 20 mg Posforus dan 14 mg Vitamin C serta banyak Vitamin B.
  • Bahagian kulinya pula mengandungi bahan seperti sandorikum iaitu bahan pahit serta alkaloid yang juga toksik kepada manusia.
  • Kandungan bahan kimia ini berbeza-beza mengikut variety atau baka pokok serta lokasi.
  • Khasiat permakanan buah sentul dimana buah yang masak dimakan mentah bersama-sama kulitnya atau ada yang makan dimana isinya dicecahkan dengan garam atau sambal belacan.
  • Kepada mereka yang kreatif memproses buah sentul untuk dijadikan jem sentul, jelly, acar, halwa manisan atau ada yang suka buat jeruk sentul.
  • Jenis variety sentul yang berbeza-beza dari segi ketebalan kulit, tebal isi dan rasanya juga menentukan cara untuk memakannya.
  • Penanaman pokok sentul boleh dilakukan dengan biji benihatau pun cara tutatau keratan.
  • Paling mudah dibuat adalah dengan mengambil biji buah sentul yang elok dan disemai dalam polibeg atau nurseri.
  • Biji setul akan bercambah dalam masa 18 – 22 hari dan sedia untuk ditanam. Jarak tanaman sama seperti pokok durian antara 10 -12 meter dalam barisan dan 12-14 meter antara barisan.
  • Pokok sentul cepat tumbuh dikawasan tanah subur dan akan berbuah dalam masa 5-7 tahunselepas ditanam.
  • Pokok sentul tahan lasak dan akan subur dalam keadaan kemarau atau musim lembab. Tanah lom berpasir dan taburan hujan sepanjang tahun amat sesuai dengan pertumbuhan pokok sentul.
  • Pokok sentul boleh diserang kanker batang disebabkan oleh kulat.
  • Antara serangga yang menyerang adalah sejenis hama yang menyerang bahagian daun yang menyebabkan berbonjol-bonjol.
  • Serangga lain adalah Lalat Buah(Bactocera spp)yang merosakkan kulit buah sentul.
  • Jarang-jarang dijalankan kawalan kimia pokok sentul yang telah tinggi.
  • Pembajaan boleh dijalankan dengan baja organic setiap 6 bulan sekali pada kadar sesuai. Baja NPK 15:15:15 diberikan dari umur 1-5 tahun dan baja buah NPK 12:12:17:2 diberikan mengikut kadar disyorkan.
  • Kawalan rumpai perlu dibuat sepanjang tahun sama ada kaedah manual atau cara semburan kimia.
  • Kegunaan tanaman sentul adalah untuk menghasilkan buah segar yang boleh di makan.
  • Batang kayu yang keras adalah kategori ‘kayu balak’ yang boleh dijadikan Tiang Rumah, Papan lantai dan dinding rumah, Perabot dan banyak lagi.
  • Di dalam buku seperti tulisan oleh Ong Hean Chooi ada mengatakan akar pokok sentul yang direbus boleh diminum dan memberikan rawatan cirit birit, disentri, bengkak usus besar, kejang otot, tonik melegakan perut dan sesuai dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin.
  • Buahnya pula dijadikan jus sangat baik untuk rawatan disenteri.
  • Daun segar boleh dijadikan ubat rawatan gatal-gatal kulit, dicampur dengan daun lain untuk dijadikan ramuan mandian bagi meredakan demam panas.
  • Orang Asli ada yang menggunakan kulit kayu pokok sentul dijadikan serbuk bagi rawatan kurap pada kulit.

 

 

Rujukan:

http://animhosnan.blogspot.com/2011/10/sentul-sandoricum-koetjape-merupakan.html


Print   Email