PPPH UMPSA    

JPPH UMP    

POKOK MERANTI TEMAK NIPIS - Shorea roxburghii

Pokok Meranti Temak Nipis merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Habitat: Biasa terdapat di Langkawi, Perlis dan Kedah Utara. Saiz: Batang tidak berbanir. Kulit luar agak tebal dan berwarna coklat gelap. Isi kayu coklat kekuningan. Daun berbentuk bujur bersaiz 12 x 5cm. Kegunaan: Dalam kategori Meranti putih dan biasanya digunakan untuk membuat rumah.   RUJUKAN: https://ms.wikipedia.org/wiki/Meranti_temak_nipis# https://forestry.perlis.gov.my/index.php/ms/komponen-jabatan/hasil-hutan/spesis-endemik