POKOK CENGAL – Balanocarpus heimii

KETERANGAN

  • Pokok Chengal merupakan sejenis pokok kayu keras yang popular.
  • Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.
  • Pokok chengal ini boleh dijumpai di hutan tanah dipterokap campuran tanah pamah tropika, terutamanya di tanah yang beralun, kawasan paya dan kadang kala di kawasan kering di hutan paya.
  • Kayu chengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu.
  • Di Malaysia, pokok chengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter, terutamanya di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.

 

KEGUNAAN

  • Digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, tiang dan jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

 

RUJUKAN

https://www.forestry.gov.my/my/biodiversiti/item/chengal


Print   Email