POKOK PELURU - Couroupita guianensis

KETERANGAN
  • Dikenali juga sebagai cannon-ball ini istimewa kerana ranting-ranting yang keluar daripada batangnya mengeluarkan bunga yang dikatakan bersifat kauliflori.
  • Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya.
  • Pokok peluru boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi.
  • Pada musim kering, kesemua daunnya akan meluruh.
  • Buahnya besar, berwarna coklat bulat seperti peluru meriam (sesuai dengan namanya) dan terdapat banyak biji benih kecil di dalamnya.
  • Spesies ini berasal dari Amerika Selatan. la juga banyak ditanam di taman-taman botani di kawasan tropika.
  • Pokok ini berbunga sepanjang tahun
  • Buah peluru meriam yang berwarna cokelat, berat dan berbentuk seperti peluru meriam menyebabkannya memperoleh nama tersebut.
 
KEGUNAAN
  • Menurut rujukan, buahnya pernah dilihat di makan oleh haiwan tetapi bagi manusia ia dikatakan boleh menyebabkan keracunan.
  • Dari segi perubatan daun, bunga dan buahnya dikatakan boleh dijadikan bahan ubat sekiranya menggunakannya dalam dos/sukatan yang betul.

Print   Email