POKOK KELADAN – Dryobalanops oblongifolia
KETERANGAN
Keladan boleh dijumpai di hutan dipterokarpa di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, biasanya di kawasan tepi sungai, kawasan tanah rendah.
Tinggi pokoknya mencecah 60m.
Menurut sumber lain pokok keladan adalah keluarga pokok kapur.
Ia mempunyai batang yang lurus, berbanir besar mengembang dan boleh mencapai dbh 150 cm dengan ketinggian sekitar 55 meter.
Walaupun sesetengah populasi keladan menghadapi ancaman kehilangan habitat, populasi spesies ini masih banyak didapati di kawasan yang terpelihara di Semenanjung Malaysia.
Oleh sebab itu, keladan disenaraikan sebagai ‘Kurang Membimbangkan’ (Least Concern) dalam Senarai Merah IUCN.
KEGUNAAN
Keladan terkenal kerana ketahanan terhadap serangan kulat.
Balaknya merupakan bahan utama bagi pembinaan kapal dan rumah.
Buah keladan berbentuk bola dengan lima sayap pendek, boleh dimakan sebagai ulam. Rasanya sedikit pahit, rangup dan kadang-kadang kelat.
RUJUKAN
https://www.frim.gov.my/ms/keladan-antara-dirian-pokok-hutan-tertua-ditanam-di-frim/
https://fazleey.blogspot.com/2010/08/keladan.html