POKOK SUNGKAI - Peronema Canescens
KETERANGAN:
- Merupakan sejenis tumbuhan tropika sungkai biasa ditemui tumbuh di kawasan hutan sekunder. Ia biasanya tumbuh di kawasan tepi sungai yang mendapat bekalan air yang mencukupi.
- Ia merupakan sejenis pokok balak yang apabila matang boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Diameter batangnya pula boleh melebihi 60 cm.
- Batang sungkai lurus dengan lekuk-lekuk kecil. batangnya berwarna kelabu. Bagi pokok yang diserang hama batangnya menggerutu.
- Kayu sungkai berwarna kuning dan mempunyai teras ditengahnya. Rantingnya pula dilitupi oleh bulu-bulu halus.
- Daunnya berbentuk majmuk dan tersusun dalam bentuk berpasangan.
KEGUNAAN:
- Di Malaysia ia digunakan untuk sakit gigi dan demam.
- Di samping itu, ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kurap.
- Kayu sungkai merupakan kayu balak yang bermutu tinggi dan selalunya dijadikan perabot mewah.
SUMBER RUJUKAN:
https://www.melur.com/direktori-tumbuhan/sungkai/#:~:text=Ia%20merupakan%20sejenis%20pokok%20balak,batangnya%20berwarna%20kelabu.
https://info.frim.gov.my/infocenter_applications/web/senaraiAsetHidupNurseri_web.cfm
KETERANGAN: Merupakan sejenis tumbuhan tropika sungkai biasa ditemui tumbuh di kawasan hutan sekunder. Ia biasanya tumbuh di kawasan tepi sungai yang mendapat bekalan air yang mencukupi. Ia merupakan sejenis pokok balak yang apabila matang boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Diameter batangnya pula boleh melebihi 60 cm. Batang sungkai lurus dengan lekuk-lekuk kecil. batangnya berwarna kelabu. Bagi pokok yang diserang hama batangnya menggerutu. Kayu sungkai berwarna kuning dan mempunyai teras ditengahnya. Rantingnya pula dilitupi oleh bulu-bulu halus. Daunnya berbentuk majmuk dan tersusun dalam bentuk berpasangan. KEGUNAAN: Di Malaysia ia digunakan untuk sakit gigi dan demam. Di samping itu, ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kurap. Kayu sungkai merupakan kayu balak yang bermutu tinggi dan selalunya dijadikan perabot mewah. SUMBER RUJUKAN: https://www.melur.com/direktori-tumbuhan/sungkai/#:~:text=Ia%20merupakan%20sejenis%20pokok%20balak,batangnya%20berwarna%20kelabu. https://info.frim.gov.my/infocenter_applications/web/senaraiAsetHidupNurseri_web.cfm