POKOK KARAS - Aquilaria malaccensis
- Pokok Karas merupakan spesies daripada famili Thymelaeaceae.
- Di Semenanjung Malaysia terdapat lima (5) spesies yang telah dikenalpasti iaitu Aquilaria malaccensis, Aquilaria microcarpa, Aquilaria hirta, Aquilaria beccarianadan Aquilaria rostrata.
- Pokok Karas boleh menghasilkan gaharu yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindakbalas pokok terhadap fungus, kecederaan dan serangan serangga perosak.
- Pokok ini akan mengeluarkan sejenis minyak yang berbau bagi melindungi bahagian yang cedera sama ada batang, dahan dan akar.
- Minyak tersebut menjadi keras dan dikenali sebagai damar.
- Gaharu dikategori dalam pelbagai gred. Di peringkat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, gred gaharu adalah berdasarkan ciri-ciri seperti warna, saiz/bentuk, bau dan tebal.
- Gred ini digunakan untuk tujuan kutipan cukai sebelum hasil tersebut dikeluarkan untuk dijual.
SUMBER RUJUKAN:
https://www.forestry.gov.my/my/pengumuman-berita/101-biodiversiti/1227-karas-aquilaria