POKOK BERUAS - Garcinia hombroniana
- Pokok ini jenis pembuluh malar hijau yang boleh tumbuh setinggi 18 meter.
- Ia mempunyai dedaun bujur mudah yang berkulit tebal serta tersusun secara bertentangan, dedaun ini berdiamensi antara 6.5–15.5 sentimeter panjang dan 3.5–7.6 sm lebar.
- Bunga-bunga jantan dan betina ia berputik secara berasingan di mana pendebungaan dilakukan oleh serangga.
- Bunga ini mempunyai empat kelopak tampak berwarna merah jambu di bahagian luar dan kuning air pucat di dalam.
- Buahnya bulat berukuran 5 sm lebar dengan kulit pauh serat berwarna merah mawar apabila masak; ia mengeluarkan bau seperti epalserta memberi rasa agak masam berbanding buah manggis.
- Akar dan daun ia dimanfaatkan dalam perubatan tradisional kerana dipercayai mampu melegakan gatal-gatal.
- Beruas juga merupakan salah satu nama kampung yang terletak di daerah Pekan, Pahang.
SUMBER RUJUKAN:
https://kualakangsar.gov.my/index.php/17-pokok-kuala-kangsar/94-pokok-beruas