POKOK BUNGA TANJUNG – Mimusops elengi

Keterangan
  • Pokok tanjung berasal dari kepulauan Indo-China dan mempunyai taburan semula jadi di India, Sri Lanka, Myanmar, Thailand dan Malaysia.
  • Nama saintifiknya Mimusops Elengi dan tergolong dalam keluarga sapotaceac, pokok tanjung merupakan tumbuhan liar yang tumbuh di tepi pantai, kawasan berbatu dan dalam hutan.
  • Pokoknya boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter dan boleh menghasilkan batang atau kayu balak sepanjang 15 hingga 20 meter.
  • Pokok tanjung menghasilkan banir yang sangat kecil atau besar sehingga 2 meter tinggi.
  • Daun pokok tanjung jenis ringkas, susunan bersilang-seli dan bahagian tepi daun beralun-alun dan bengkok ke atas.
  • Daunnya licin dan berkilat.
  • Bunganya pula ada jenis dwijantina. Bunganya berwarna putih dan bercampur kuning. Bunganya ini dihasilkan secara tunggal atau dalam jambak kecil.
  • Buahnya jenis beri berbentuk bujur telur. Sebelum matang, buahnya berwarna hijau. Buah ini akan bertukar kepada warna oren dan merah setelah masak. Apabila matang, buahnya rasa manis dan mempunyai kandungan astringen.
  • Bunga pokok tanjung mengandungi minyak mudah meruap manakala bijinya mengandungi minyak tidak meruap.
  • Kulit pokoknya banyak mengandungi tanin dan sedikit alkaloid.
  • Pokoknya pula mengandungi saponin.

 

Kegunaan


1. Merawat ruam bernanah – Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. Air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.

2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau. Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari

3. Merawat luka – Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.

4. Merawat ozena atau rhinitis – Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.

5. Mewangikan rambut – Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.

6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita

 
Sumber rujukan :

https://groups.google.com/g/kgmalaysiaraya/c/GTnbcv3b8Jo?pli=1

https://www.melur.com/direktori-tumbuhan/bunga-tanjung/

Image

Print   Email