PPPH UMPSA    

JPPH UMP    

POKOK KUNDANG - Boues Macrophylla

Merupakan sejenis buah nadir yang natif dikawasan Asia Tenggara dari keluarga Anacardiaceae. Pokok Kundang ini juga mempunyai kaitan juga sedikit persamaan dengan pokok buah mangga berdasarkan kepada keluarga yang sama. Pokok Kundang ini lebih dikenali dengan nama Ma-Praang atau Ma-Yong di Thailand dan dikomersilkan dinegara tersebut sehingga mereka mampu mengekspot ke negara kita apabila musim buah tersebut tiba. Buah ini juga dipanggil sebagai Marian Plum atau Plum Mango dalam Bahasa Inggeris.   Asal-usul dan Taburan: Berasal dari utara Sumatera, Semenanjung Malaysia dan barat Jawa, pokok ini ditanam secara meluas sebagai pokok buah di Sumatera, Borneo dan Ambon, serta Thailand.   Deskripsi Tumbuhan: Pokoknya boleh mencapai sehingga 27m tinggi dan 55cm diameter. Kulitnya berwarna coklat kekelabuan atau berwarna gelap. Daunnya berbentuk bujur dan saiznya diantara 14-30cm panjang dan 5-8cm lebar. Bunganya berwarna kuning kehijauan, kuning cair dan akan bertukar kepada warna coklat apabila tua. Buahnya berwarna oren gelap. Isinya lembut dan berserat. Bijinya pula berwarna ungu.   Kegunaan: Buahnya yang telah masak boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sirap dan manisan. Buahnya yang masih muda boleh dijadikan bahan untuk dijadikan sambal. Kayunya tahan lama tetapi penggunaannya tidak begitu komersial. Penggunaan tumbuhan ini sebagai ubatan bergantung kepada kesesuaian individu dan saranan daripada pengamal perubatan amatlah digalakkan.   Sumber rujukan: http://myflorafaunatropikakenyir.blogspot.com/p/kundang.html