POKOK KETAPANG - Terminalla catappa

  • Tergolong dalam famili Combretaceae. Ia turut dipanggil sebagai Indian Almond leaves.
  • Tumbuhan yang senang dijumpai di Malaysia.
  • Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini mampu menyesuaikan diri di kawasan tepi sungai, tepi laut dan sebagainya di kawasan tropika.
  • Ditanam sebagai pokok hiasan kerana silaranya yang cantik serta memberi teduhan yang agak luas.

 

Ciri-ciri
  • Pokok ketapang merupakan sejenis pokok rendang yang mempunyai ketinggian sehingga 35 meter.
  • Daunnya bersaiz besar, lebar dan dahan bertingkat membuatkan ia amat digemari sebagai tempat berteduh.
  • Buah ketapang kebiasaannya berbentuk leper serta bujur yang bersaiz 3.5-7.0 cm panjang dan 2-5 cm lebar.
  • Buahnya berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar warna menjadi merah atau kuning mengikut spesies pokok apabila matang.
  • Terdapat lapisan kulit yang tebal pada buah ketapang dan ia mempunyai jus yang pahit.
  • Bunga ketapang lazimnya berada dalam bentuk jambak yang kecil dan berwarna putih kehijauan.
  • Bilangan bunga agak banyak dalam satu tangkai, namun tidak kesemuanya menjadi buah. Kebiasaannya cuma terdapat 3-5 biji sahaja.
 
Penanaman
  • Ia tumbuh dengan subur di pelbagai kawasan seperti tanah gambut, tanah pantai, tanah berpasir asalkan kawasan tersebut tidak ditenggelami air.
  • Tumbuhan ini membiak melalui biji benih yang matang dimana ia mudah tumbuh di kawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.
  • Biji benih ini mampu bertahan dalam satu jangka masa yang lama dan tahan terhadap kemasinan air laut.
  • Lazimnya biji benih akan disemai dalam polibeg sebelum ia ditanam di taman-taman atau di tepi jalan.
  • Tumbuhan ini juga boleh dibiakkan melalui keratang batang atau ranting.
 
Kegunaan

 

Landskap dan tempat berteduh

  • Pokok ketapang senang dijumpai di tepi-tepi jalan dan pantai.
  • Ia digunakan bagi mencantikkan landskap kerana mempunyai bentuk pokok yang menarik. Selain itu, pokok ini mempunyai saiz kanopi yang besar dan lebar.
  • Ia berperanan sebagai tempat berteduh terutamanya bagi peniaga-peniaga tepi jalan bagi mengurangkan panas ketika berniaga.

 

Merawat penyakit

  • Akar pokok ketapang boleh direbus dan airnya diminum.
  • Ia dipercayai mampu merawat masalah hati, hempedu, cirit birit dan demam panas.
  • Selain itu, air rebusan akar ini juga dapat merawat penyakit bisul, kudis dan juga sakit payu dara bagi ibu yang menyusukan bayi. Biji ketapang pula boleh merangsang penghasilan susu ibu.
  • Biji ketapang ini juga boleh dimakan bersama sarang lebah yang dapat mengelakkan penyakit buasirdan sembelit.
  • Daun ketapang dapat dijadikan penawar sakit tulang belakang dan menghilangkan masalah ruam.
  • Penyakit kulit juga boleh dirawat dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan disapukan pada tempat sakit kulit.  

 

Ikan laga

  • Ikan laga yang hidup di bawah daun ketapang dipercayai dapat hidup dengan lebih sihat.
  • Daun ketapang berfungsi untuk menurunkan pH air serta menyerap bahan kimia berbahaya bagi memberikan persekitaran yang kondusif kepada ikan laga.
  • Daun ketapang mampu merawat luka-luka pada ikan laga dan mencegah ikan tersebut dari terkena penyakit.  
  • Air daun ketapang amat digemari oleh penternak ikan hiasan kerana ianya boleh menghapuskan beberapa masalah parasit, patogen bakteria dan juga kulat pada ikan.

 

Pembinaan

  • Kayu pokok ketapang keras dan kukuh. Hal ini membuatkan kayu tersebut sangat sesuai untuk dijadikan perabot, lantai, bahan binaan dan juga bahan bakar.

  

SUMBER RUJUKAN:

Image
Image
Image

Print   Email