PPPH UMPSA    

JPPH UMP    

Merbau (Intsia palembanica)

Ia dijumpai secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terutamanya di pinggir sungai dalam hutan tanah pamah melebihi 850 m altitud. Ia tumbuh di hutan tanah pamah terutamanya di pinggir sungai hingga ketinggian 1,000 m dari aras laut. Ciri-ciri fizikal: Batang: Diameter batang pokok merbau boleh tumbuh sepanjang 1.5meter. Mempunyai warna merah-coklat. Daun: Berbentuk bujur, tebal, dan berkilat. Biasanya mempunyai 4 pasang daun yang bertentangan. Bunga: Pucuk berbunga sehingga 10 cm panjang dengan bunga kekuningan yang pucat. Buah: Buah leper, bujur panjang,berwarna coklat atau hitam apabila masak, di dalam satu kelongsong terdapat beberapa biji. Kegunaan:            - Tanaman hiasan.            - Minyak dari pohon merbau juga digunakan dalam perubatan tradisional.            - Pewarna semulajadi.            - Bahan binaan seperti lantai dan perabot.  Kredit sumber: Laman sesawang https://jpph.umpsa.edu.my/index.php/projek/landskap/rimba-lestari-1/pokok-merbau-intsia-palembanica