Keladan (Dryobalanops oblongifolia)

Image

KETERANGAN

  • Keladan boleh dijumpai di hutan dipterokarpa di Borneo, Sumatera dan Semenanjung Malaysia, biasanya di kawasan tepi sungai, kawasan tanah rendah.
  • Tinggi pokoknya mencecah 60m.
  • Menurut sumber lain pokok keladan adalah keluarga pokok kapur.
  • Ia mempunyai batang yang lurus, berbanir besar mengembang dan boleh mencapai dbh 150 cm dengan ketinggian sekitar 55 meter.
  • Walaupun sesetengah populasi keladan menghadapi ancaman kehilangan habitat, populasi spesies ini masih banyak didapati di kawasan yang terpelihara di Semenanjung Malaysia.
  • Oleh sebab itu, keladan disenaraikan sebagai ‘Kurang Membimbangkan’ (Least Concern) dalam Senarai Merah IUCN.

 

KEGUNAAN

  • Keladan terkenal kerana ketahanan terhadap serangan kulat.
  • Balaknya merupakan bahan utama bagi pembinaan kapal dan rumah.
  • Buah keladan berbentuk bola dengan lima sayap pendek, boleh dimakan sebagai ulam. Rasanya sedikit pahit, rangup dan kadang-kadang kelat.

 

Kredit sumber: Laman sesawang

https://jpph.umpsa.edu.my/index.php/projek/landskap/rimba-lestari-1/pokok-keladan-dryobalanops-oblongifolia


Print   Email