Meranti Tembaga (Shorea leprosula)

  • Pokok Meranti Tembaga tergolong dalam famili Dipterocarpaceae.
  • Pokok ini mempunyai bunga kecil dan harum yang didebunga oleh serangga kecil dari jenis Thrysanoptera.
  • Pokok ini boleh tumbuh sehingga 60 m tinggi, dengan diameter batang pokok mencapai sehingga 1.5 m.
  • Selain Meranti Tembaga, nama-nama tempatan lain bagi spesies ini termasuk meranti betul (Terengganu), meranti bunga (Negeri Sembilan), meranti lampung dan meranti temak (Kedah), meranti hijau dan meranti kait-kait (Pahang) serta meranti sabut (Perak). Di Sabah, pokok ini dikenali sebagai seraya tembaga.
  • Spesies ini tergolong dalam kategori ‘Kurang Membimbangkan’ (Least Concern) dalam Senarai Merah Malaysia.

 

Kredit sumber: Laman sesawang

https://jpph.umpsa.edu.my/index.php/projek/landskap/rimba-lestari-1/pokok-meranti-tembaga-shorea-leprosula

Image
Image
Image
Image

Print   Email