Keruing Kertas (Dipterocarpus chartaceus)

  • Pokok besar yang boleh tumbuh sehingga 1.3 m diameter dan hanya terdapat di Semenanjung Thailand dan Semenanjung Malaysia.
  • Spesies ini mendiami hutan tanah pamah dipterokarpa dan kawasan pantai iaitu kawasan hutan separuh paya rendah.
  • Pada zaman dahulu, spesies pokok ini dikenali untuk ditoreh kerana oleo-resinnya di kawasan pantai Perak dan utara semenanjung.
  • Kini, spesies ini dianggap sebagai spesies terancam kerana pengurangan populasi yang timbul akibat kemerosotan habitat dan penukaran tanah.
  • Tiada satu pun daripada populasi yang diketahui berlaku dalam kawasan perlindungan dan mana-mana Hutan Simpan di mana ia berlaku adalah berpecah-belah.
  • Oleh itu, spesies ini dinilai sebagai spesis yang bakal pupus di Malaysia.

 

Kredit sumber: Laman sesawang

https://www.mybis.gov.my/sp/3231

Image
Image
Image

Print   Email