Sesi Perkongsian Bersama Puan Noru Azlina binti Nasir@Ishak - Jengka Wonderland pada 24 November 2023
Jengka Wonderland ini adalah salah sebuah Taman Tema Air yang terletak di Bandar Jengka Pahang (bersebelahan JPJ Jengka). Jaraknya lebih kurang 2 jam dari Kuala Lumpur dan juga Kuantan. Tempat ini dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Khamis(buka pada musim cuti sekolah).
Terdapat perbezaan harga tiket untuk kategori dewasa, kanak-kanak dan warga emas/oku. Taman Tema ini sesuai untuk di kunjungi oleh setiap lapisan masyarakat berikutan dengan fasiliti dan kemudahan yang disedikan sangat praktikal untuk semua golongan.