Sesi Perkongsian Bersama Encik Zul Izwan bin Mohd Rasdi – Eli Cohen The Spy pada 1 Disember 2023

Sesi perkongsian kali ini berkisarkan bagaimana pengintip daripada tentera Israel memberikan maklumat kedudukan rahsia artileri & kubu tentera Syria sehingga Isarel berjaya menakluki Bukit Golan. Nama sebenar pengintip tersebut ialah ELI COHEN tetapi digelar sebagai Kamel Amin Thaabet yang lahir pada tahun 1924. Beliau merupakan warganegera Mesir/Israel. Beliau adalah seorang pengintip daripada tentera Israel yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 1965(41 tahun).
 
Selain itu, beliau berjaya mempengaruhi tentera Syria dengan membawa pengaruh buruk seperti arak, judi, rasuah dan zina. Beliau juga telah mengarahkan tentera Syria untuk menanam pokok di setiap kem & bunker tentera dengan alasan bagi melindungi tentera dari panas matahari maka tentera syria telah disibukkan dengan aktiviti menanam pokok sehingga leka akan tanggungjawab mereka sebagai tentera.
 
Akhirnya identiti beliau terbongkar ketika beliau sedang menghantar kod morse kepada Israel. Beliau telah ditangkap dan diseret di khalayak ramai. Namun penangkapan beliau telah terlambat kerana israel telah mengatur strategi untuk menakluki Bukit Golan.

Print   Email