Sesi Perkongsian bersama Encik Amirul Faiz bin Abdul Latif - Sustainable Development Goals pada 9 Februari 2024

Sustainable Development Goals (SDGs) adalah satu inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan untuk menggalakkan pembangunan secara mapan dalam kalangan negara anggota PBB. Sebanyak 17 sasaran yang ditetapkan antaranya adalah Bandar dan Komuniti Lestari, Industri Inovasi dan Infrastruktur dan Pendidikan Berkualiti.
 
SDGs di Malaysia turut diamalkan secara langsung dan tidak langsung oleh kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta melalui amalan kerja yang berbeza-beza. Sebagai contoh, di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT), SDG4: Pendidikan Berkualiti sering dijadikan amalan dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan yang berkesan dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat. Di peringkat PPPH, SDGs turut dibudayakan melalui amalan penjimatan tenaga, penggunaan tenaga lestari dan boleh diperbaharui serta pemerkasaan dasar pembangunan mesra OKU.
 
Namun begitu, secara keseluruhannya, pembudayaan SDG di Malaysia masih berada pada tahap sederhana. Hal ini disebabkan kurangnya pemahaman tentang pelaksanaan dan kepentingan SDGs di samping pertindihan bidang kuasa/peranan dalam perkara ini.
 

Print   Email