PENERANGAN BERKAITAN PELAN TINDAKAN KECEMASAN JKKP PPPH PADA 26 JANUARI 2024

Penerangan ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua staf supaya dapat mengambil perhatian berkaitan situasi luar jangka sekiranya berlaku kecemasan dengan tindakan yang pantas serta mengikuti pelan laluan kecemasan yang betul bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kesulitan sewaktu berlakunya kecemasan. Staf juga telah diingatkan untuk menggunakan video pelan tindakan kecemasan yang telah disediakan pada setiap mesyuarat atau perbincangan bersama pihak luar jabatan atau dalaman PPPH. Supaya dengan video tersebut, semua pihak dapat mengetahui akan kepentingan keselamatan dengan lebih mendalam.

 
 
 

Print   Email