PPPH UMPSA    

JPPH UMP    

Kulim (Scorodocarpus borneensis)

KETERANGAN Ia merupakan pokok malar hijau bersaiz sederhana hingga saiz besar. Mempunyai ketinggian antara 40 hingga 60 meter. Di Semenanjung Malaysia, pertumbuhan tahunan diameter adalah antara 0.2 – 0.3 cm sahaja. Pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat sederhana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645 – 1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.   KEGUNAAN Di Sarawak, pucuknya dimakan sebagai ulam. Buahnya boleh dimakan dan kadangkala digunakan sebagai pengganti bawang putih. Buah dan rebusan kulit digunakan bagi merawat keracunan “antiaris”” (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial. Kayu pokok kulim digunakan bagi pembinaan sederhana berat hingga berat dikawasan terlindung (contoh: alang, tiang, pintu, rangka tingkap dan lantai), pembinaan jambatan, pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara. Orang peribumi menggunakan buah ini sebagai perasa di dalam masakan. Buah kulim juga dijadikan antara bahan asas menghasilkan umpan untuk memancing ikan air tawar.   Kredit sumber: Laman sesawang https://www.umpan.com.my/info-spesies-kenali-pokok-kulim/