Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Puan Norazlinda Binti Nor Akahbar - Penanda Aras Bangunan Berkonsepkan Smart & Green di UTS pada 9.12.2022, Jumaat.

Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Puan Norazlinda Binti Nor Akahbar - Penanda Aras Bangunan Berkonsepkan Smart & Green di UTS pada 9.12.2022, Jumaat.

UTS merupakan singkatan daripada Universiti Teknologi Sarawak yang telah siap dibina pada 2013 dan diiktiraf sebagai universiti permata di Malaysia yang mencapai Green Building Index (GBI) Platinum pada tahun 2015. Reka bentuk bangunan ini mempunyai tempat takungan air hujan yang berperanan melancarkan pengaliran air hujan untuk digunakan semula.

Terdapat beberapa kiteria Green Building Index (GBI) ditetapkan pada bangunan ini antaranya kecekapan tenaga, kualiti persekitaran dalaman, perancangan tapak, bahan dan sumber, pengurusan air yang baik, dan inovasi.
UTS menggunakan strategi reka bentuk pasif seperti building orientation vs sun orientation, pengudaraan semulajadi dan pencahayaan dengan menggunakan konsep bumbung kanopi, laluan pejalan kaki yang berbumbung, reka bentuk yang mengambil kira landskap sebagai elemen hijau dan semulajadi, air yang terkumpul akan diiktiraf semula untuk penggunaan pokok-pokok dan tanaman.
Walaubagaimanapun, ciri-ciri ini perlu mengambil kira penyelenggaran di masa akan datang.

Print   Email