Sesi perkongsian Encik Mohd Azam Bin Mohd Pauzai – Pengalaman Kereta Rosak pada 09.06.2023
Masalah yang dihadapi oleh Encik Azam adalah apabila kereta kancil beliau telah mengalami situasi enjin semput atau angin tidak lawas sewaktu menaiki bukit dan enjin kereta beliau telah mati secara tiba—tiba. Setelah beliau menukar “Fuel Filter” barulah kereta beliau kembali normal seperti semula.
Sebuah lagi kereta Estima milik Encik Azam telah mengalami masalah apabila setiap kali beliau mula menekan pedal minyak untuk menambah kelajuan kereta beliau merasakan ada gegaran tidak normal yang menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menukar “Drive shaft” . Setelah itu, hilanglah masalah yang dihadapinya sebelum ini.
- Drive shaft kereta atau dalam bahasa Malaysia dipanggil sebagai aci pemacu, adalah merupakan suatu komponen pada kenderaan dalam kategori drivetrain system. Komponen ini adalah merupakan penghubung kuasa enjin dari sistem transmisi ke tayar.