Sesi Perkongsian Bersama Ir. Ts. Hj. Mohd Azreen Bin Yaacob – Rumah Lelong pada 27.01.2023
Rumah lelong adalah rumah yang dijual oleh pihak bank ataupun pihak individu secara lelongan “auction” oleh pihak lelongan yang mempunyai lesen. Rumah lelong ini wujud apabila pemilik rumah asal tidak mampu bayar atau pemilik tersebut sudah muflis.
Kelebihan Rumah Lelong
•Boleh membeli rumah yang sebelum ini mempunyai sekatan, contoh rumah kos rendah. Apabila dilelong, ia tidak akan mempunyai sebarang sekatan
•Pilihan pelbagai lokasi yang menarik
•Pulangan sewa yang lebih tinggi berbanding rumah subsale
•Pelbagai pilihan harga (boleh memilih harga yang sesuai dengan bajet)
Kekurangan Rumah Lelong
•Kalah lelongan (unit called off) – pemilik membayar tunggakan dan bank membatalkan lelongan( boleh berlaku pada hari lelongan walaupun setelah anda mendaftar)
•Menang lelong tetapi dengan harga yang melebihi pasaran- jika tidak membuat kajian tentang harga pasaran rumah
•Pinjaman perumahan tidak diluluskan
•Unit dalam keadaan kerosakan yang teruk
•Tunggakan utiliti oleh pemilik lama yang tinggi
•Pemilik lama enggan keluar dari rumah
See insights and ads
All reactions:
6