Sesi Perkongsian Bersama Encik Alhamdi Bin Saleh – Biadap kepada Ibu bapa Bakal Mengundang Bencana 21/7/2023

• Dosa besar sekiranya syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu dan bapa. (Imam al-Bukhari)
• Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu dan bapa, murka Allah juga terletak pada kemurkaan ibu dan bapa. (Imam al-Tirmidzi)
• Jangan sesekali mengatakan “ah” kepada ibu dan bapa. (Surah al-Israa’:L23)
Doa yang dimakbulkan tanpa diragui adalah doa orang yang dizalimi, doa orang musafir dan doa orang tua kepada anaknya. (Imam al-Tirmidzi)
• Mohonlah keizikan kepada ibu dan bapa sebelum berjihad sekiranya mereka tidak mengizinkan maka berbaktilah kepada mereka, itu lebih baik. (Imam Abu Daud)
Sumber rujukan : Buku Manisnya Iman daripada Mohd Yaakub Mohd Yunus (Siri Soal Jawab) terbitan Karangkraf
 

Print   Email