Penternakan Madu Kelulut di Rimba Lestari UMPSA TEST

Penternakan Madu Kelulut di Rimba Lestari UMPSA TEST

Rimba Lestari UMP Pekan, 18 Mei 2022 – Unit Pengurusan Tanaman dan Penyelenggaraan Landskap Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (PPPH) dengan kerjasama penyelidik Profesor Madya Dr. Mohamad Firdaus bin Baswari dan UMP Technology Sdn Bhd telah mengusahakan projek penternakan Kelulut bagi Program Penghijauan Kampus.
Hari ni melalui projek tersebut proses menuai hasil madu di tapak 'trial plot' dengan menggunakan “Sleek Pump” hasil inovasi dari penyelidik UMP, Profesor Madya Dr. Mohamad Firdaus bin Baswari telah dijalankan. Sarang (Hive) dan Log Kelulut bagi ternakan ini diletakkan di sekitar kawasan Kampus UMP Pekan yang menyokong ekosistem biodiversiti kea rah penghijauan kampus sejajar matlamat penarafan Ui Green Matrik.
Encik Rahin bin Hasan, Penolong Jurutera PPPH yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan turut membantu dalam proses pengambilan madu kelulut ini.

Print   Email