Lawatan Penanda Aras Dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) Ke UMP Pekan - 20/7/2023
Lawatan ini bertujuaan untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pembelian kenderaan elektrik dan penggunaan charging station. Kita sedia maklum UMP telah membuat pembelian van elektrik 2 unit dan bas elektrik 2 unit. UMP telah menerima van elektrik pada April 2023 manakala untuk bas elektrik pula masih dalam proses penerimaan. Selain itu juga, perkongsian berkaitan dengan perolehan pembelian kenderaan yang baharu untuk menggantikan kenderaan yang telah lupus.