Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah menjayakan Program Kitar Semula pada 02.06.2023
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah menjayakan Program Kitar Semula pada 02.06.2023 di perkarangan parking Block B, PPPH. Sebuah lori kitar semula telah berada di perkarangan parking Block B bermula daripada jam 9 pagi sehingga 10 pagi bagi mengambil barang-barang kitar semula yang telah disumbangkan oleh staf PPPH. Wang hasil daripada timbangan barangan kitar semula tersebut adalah hak milik individu namun begitu ada juga yang telah memberi sumbangan terus untuk dimasukkan ke dalam tabung jabatan. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang aktiviti ini berlangsung.