SALAM LESTARI PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya, Portal Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta (PPPH), Universiti Malaysia Pahang telah dapat dilancarkan. Portal ini menyediakan ruang kepada warga UMP dan khalayak umum untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai PPPH serta perkhidmatan yang diberikan.

Selain itu, portal ini juga menyalurkan informasi berkaitan pembangunan kampus, aktiviti jabatan, program kelestarian dan kehijauan kampus dan lain-lain.

Akhir kata, saya berharap agar segala maklumat yang terkandung di dalam portal ini dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pengunjung.

Selamat melayari Portal Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta, Universiti Malaysia Pahang.

Ts. IZWAN BIN ISMAIL

Pengarah, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta

Visi & Misi